Thursday, 20 October 2016

Sehari di Negeri Sembilan

-13 June 2015-

Memandangkan harini saya agak pening, jadi sy tulis entri blog pada kali ni dalam Bahasa Malaysia (lagipun, Bahasa jiwa bangsa!) Trip ke N.9 ni dah lama sebenarnye tapi baru sekarang rajin nak menulis. Trip kalini sebenarnya lawatan sambal belajar (zaman student foodtech dolu2). Mana kami pergi? Ladang lembu, Jelita Ostrich Farm dan Air Terjun Jeram Toi.

Perjalanan ke ladang lembu agak mencabar, dengan jalan yang kecil dan perlu naik ke kawasan bukit yang tinggi (bayangkan, kami naik bas yang besar gedabak tu). Puas jugak lah dengar pak cik bas membebel pasal jalan, tempat jauh dll. Ladang lebu tu memang besar, empunya ladang tu import lembu-lembu dari Australia dan kacukkan dengan lembu Malaysia. Ladang lembu ni membekalkan lembu untuk diternak dan daging lembu untuk korban, kenduri dan jualan. (Nota: Susu lembu tidak diproses di sini).

Pemandangan dari atas bukit
Kena jalan kaki naik bukit untuk sampai ke ladang lembu. Bas parking di bawah.


Lembu-lembu dilepaskan untuk meragut rumput


Makanan tambahan untuk lembu

Seterusnya, kami teruskan perjalanan ke Jelita Ostrich Farm. Kat sini pun boleh jumpa kambing (khas kpd siapa yang tak kenal rupa kambing cemana). Entrance fee MYR 3. Yang menarik, kita boleh dapat sijil tunggang burung unta dan belai haiwan-haiwan ni dari dekat. (Nota: Burung unta garang ya amat! tak sempat nak membelai. Hati-hati ok)

Perkongsian ilmu: Burung unta jantan lebih cantik dari burung unta betina. Selepas bertelur, burung unta jantan yang akan menjaga telur tersebut, mengeram  dan tidak akan bangun dari telur tersebut.

Jangan lupa beli makanan untuk burung unta pada harga MYR 3. Dengan cara ni, kita boleh dekatkan diri dan belai burung unta tu.

Comel tau kambing-kambing kat sini

Me riding the ostrich

Pintu masuk ke Jelita Ostrich Farm

Trip kalini berakhir dengan aktiviti mandi-manda di air terjun Jeram Toi. Memandangkan sibuk sangat main air terjun kat sini, jadi cuma ada gambar kenang-kenangan kat pintu gerbang je.

-The End-

No comments:

Post a Comment